LONDON, 18 April — Patung-patung tokoh kenamaan dan tugu-tugu popular di sini “memakai” topeng penapis udara selepas sekumpulan aktivis Greenpeace melancarkan bantahan besar-besaran awal pagi ini.
Patung-patung Ratu Victoria, tokoh politik Oliver Cromwell, perdana menteri Winston Churchill, pegawai tentera Horatio Nelson, watak cereka popular Sherlock Holmes dan pemain bola sepak terkenal Thierry Henry antara 17 sasaran kumpulan pencinta alam sekitar itu.
Tugu Victoria terletak di seberang istana Buckingham, patung dewa Eros di Piccadilly Circus dan patung Henry di luar stadium kelab Arsenal semuanya diletakkan topeng, lapor portal The Telegraph hari ini.
Patung-patung Cromwell dan Churchill di luar Parlimen diceroboh, sementara Nelson yang setinggi 52 meter di dataran Trafalgar yang menjadi mercu tanda kota itu juga berjaya dipanjat.
"Healthy citizens are the greatest asset any country can have" -Winston Churchill. That's why we need #CleanAirNow pic.twitter.com/IU7PW62MfS
— Greenpeace UK (@GreenpeaceUK) 18 April 2016
Greenpeace di United Kingdom mendesak kerajaan mengawal pencemaran udara yang makin buruk melalui kempen #CleanAirNow atau “Bersihkan udara sekarang”.
Mereka juga memuatkan foto-foto protes ini di media sosial.
“Seramai 40,000 nyawa hidup lebih pendek akibat pencemaran udara di UK setiap tahun,” kata NGO global itu, yang terkenal dengan gaya bantahan sensasi dan kontroversi, di Twitter.
Setakat ini empat orang aktivis, termasuk yang memakai topi, kelengkapan mendaki dan logo Greenpeace, ditahan polis.
We're on Nelson's Column We need #CleanAirNow "Desperate affairs require desperate measures" https://t.co/zKLja8UziK pic.twitter.com/wwOyCLAFnj
— Greenpeace UK (@GreenpeaceUK) 18 April 2016
Jurukempennya Areeba Hamid berkata bantahan itu dibuat sempena pilihan raya datuk bandar London tidak lama lagi.
“Pemantauan menunjukkan, jika patung ini manusia sebenar, kebanyakan mereka menyedut udara berbahaya dan haram,” katanya. “Sebab itulah kami beri mereka topeng penapis udara.”
Tambahnya, walau jutaan warga London menyedut udara berbahaya yang sama tetapi memberi topeng kepada mereka bukanlah jalan penyelesaian.
“Sebaliknya kita tuntut tindakan sebenar daripada datuk bandar yang baru,” kata Hamid seperti dilaporkan portal itu.
BREAKING @ThierryHenry 's statue is now wearing a #CleanAirNow mask. Find out why here>> https://t.co/zKLja8UziK pic.twitter.com/PUOne05D4R
— Greenpeace UK (@GreenpeaceUK) 18 April 2016