KUALA LUMPUR, 1 Dis ― Anak tiri Maria Farida tampil membela nasib ibu baharunya, sambil menjelaskan keruntuhan rumah tangga ibu bapanya bukan kerana aktres itu.
Shazleen Anis berkata, pergeseran antara ibunya Hadijah atau dikenali sebagai Karen Rahman dengan Maria timbul kerana masalah urusan perniagaan sejak bulan Ramadan lalu.
Maria, 46, yang pada awalnya menjadi duta produk keluaran Karen, KR Beauty Care tidak menerima bayaran menyebabkan pelakon itu terpaksa menarik diri, dakwanya.
Pada masa sama, kehadiran Maria dalam hidup Datuk Rahman Shakur, 62, sedikit sebanyak merawat duka mereka adik-beradik, lapor Utusan Malaysia yang memetik coretan Shazleen dalam laman Facebook.
Akhbar itu melaporkan, dalam majlis di Kuala Lumpur Golf & Country Club pada 26 November lalu, Shazleen yang juga anak sulung bersama adik-beradiknya kelihatann gembira meraikan perkahwinan ibu bapa mereka.
Maria, 45, sah bergelar isteri kepada Rahman dengan sekali lafaz dan menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 beserta sebentuk cincin.
Turut hadir rakan artis Datin Seri Tiara Jacquelina, Fasha Sandha dan Ferhad.