KOTA BARU, 26 Sept — Seorang tukang cuci mengaku bersalah mengirim mesej gambar lucah kepada gadis jirannya pada 18 September lalu.
Mohd Ismail Muda, 36, didakwa menghantar foto melalui WhatsApp kepada remaja itu, 19 tahun, di sebuah rumah di Pulau Belanga Sering di sini.
Mahkamah Majistret semalam mendenda tertuduh sebanyak RM3,000 atas kesalahan itu yang dilakukannya pada 12 tengahari, lapor Kosmo!.
Pemuda terbabit didakwa bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Akhbar itu melaporkan mangsa sering menerima gambar lucah daripada tertuduh yang tinggal di depan rumahnya sejak Ogos lalu.