KUALA LUMPUR, 22 Nov — Bekas anggota kumpulan Elite Abby Abadi bersyukur berat anaknya yang dilahir pramatang kini semakin naik dan bayi berkenaan mulai minum susu badan.

Dilahirkan pada 27 September lalu, berat Muhammad Danial Firman Faizal kini 0.924kg dan masih menggunakan mesin untuk bernafas dalam inkubator sebuah hospital.

Abby berkata pakar di Hospital Sungai Buloh memaklumkan anak sulung hasil perkahwinan dengan suaminya Faizal Zakaria dilahirkan dalam keadaan belum bersedia.

“Panjang lagi perjalanannya. Masih dalam zon kritikal. Jadi dalam usianya yang baru 56 hari, berbagai kemungkinan boleh berlaku,” tulisnya di Instagram semalam.  

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Muhammad Danial Firman Faizal ❤️ . Beratnya makin naik. 924gram dah. Minum susu Mama pun ok, Alhamdullillah 😇 . Masih dalam inkubator, masih bernafas mengunakan machine... Panjang lagi perjalanannya . Jumpa Pakar baru2 ni, katanya: Baby Danial lahir dalam keadaan yg belum bersedia, jadi dalam usianya yg baru 56 hari, berbagai kemungkinan buleh berlaku . Masih dalam Zon kritikal, jadi Sy hanya mengharapkan DOA berterusan dari Sahabat2 disini. Sebab tu, tak banyak yg Sy buleh cerita. Takut tersalah info pun ye juga . Setelah USAHA, Hanya DOA yg dapat mengubah nasib Baby D Sy. Tawakal hanya pada ALLAH. Sy & Suami @jaiezzany yakin Baby Danial Sy kuat & akan balik rumah kurang 2 bulan lagi inshaALLAH.. Amin 🥰 . Mohon doakan ye ☺️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Abby, nama asal Arbaiyah Abdul Manan dan suami yang juga bekas wartawan, yakin Allah mampu mengubah nasib Muhammad Danial jika terus usaha, berdoa dan bertawakal. 

“Saya hanya mengharapkan doa berterusan dari sahabat-sahabat di sini... Tak banyak yang saya boleh cerita. Takut tersalah info pun ye juga,” katanya.

Pelakon drama Gerak Khas juga yakin anaknya boleh pulang ke rumah dalam tempoh dua bulan lagi kerana mereka percaya bayi itu seorang yang “kuat”.