15 DIS — “Can you sing Chinese songs?”, itu pertanyaan yang sering saya terima sewaktu aktif busking di kawasan kedai makan orang Cina yang terletak di Brickfield, Jalan Alor mahupun di Petaling Street pada awal tahun 2000 dulu.

Waktu itu saya pandai juga menyanyikan beberapa buah lagu Cina ( Kantonis, Mandarin mahu pun Canto Pop ) seperti lagu dari singer-songwriter mereka yang saya salut seperti Sam Hui, Danny Chan dan kumpulan Canto lagenda mereka, Beyond.

Cuma peratus tepatnya dari segi sebutan, makna mahupun perkataan itu saya tak berani tak katalah, kalau 60% ok itu sudah mencukupi bagi saya yang tidak mahir cakap Cina ini. Bukan saja saya, kawan-kawan Cina saya pun ada yang tidak pandai berbahasa Cina. Mereka lebih suka berbahasa Inggeris.

Saya perhatikan dari segi pengalaman busking, masyarakat Cina lebih menghargai golongan busker berbanding Melayu. Buktinya mengapa ramai rakan-rakan busker saya lebih suka ke kedai makan Cina berbanding kedai makan Melayu atau Mamak?

“ Kalau nak dapat duit banyak, busking kat Jalan Alor atau Brickfield bro!”, itu saranan yang biasa dari rakan seperjuangan kita dalam arena busking. Saya pula banyak tahu lagu-lagu country and western, dan masyarakat Cina memang minat dengan muzik country dan akustik, mungkin sesuai dengan jiwa memang. Orang kita lebih suka muzik rock...berapa kerat saja di antara kita yang minat muzik country?

Pun busking adalah tentang skil, keberanian dan jiwa yang kering. Saya umpama pemancing yang masih punya ego dan harga diri. Ada juga busker yang tak pakai pakai pancing, mereka guna pukat tapi mereka bijak sebenarnya.

Habis saja killer song yang mereka nyanyikan seperti lagu Hotel California, Rhinestone Cowboys mahu pun Country Road, terus mereka menerpa dan mengutip donation dari para pelanggan. Dalam bab itu, saya tidak sehebat mereka.

Ini cerita 10 tahun dululah, atau sebelumnya lagi. Orang Cina tidak atau kurang menilai siapa kita, walau kita berpakaian selekeh dan tidak kemas. Mereka lebih menghargai nilai muzik yang kita nyanyikan dan jika lagu-lagu kita kena dengan selera mereka, mereka akan memberikan sumbangan ikhlas atau donation.

Orang kita pula agak skeptikal waktu itu atau zaman itu. Umpamanya kita bermain muzik di jalanan, terus masuk ke otak mereka, kita ni penagih. Itu pandangan yang biasa sebenarnya tentang busker di negara kita ini suatu masa dulu. Hari ini saya harap pandangan sebegitu tidak ada lagilah...

Saya adalah peminat Sam Hui dan Beyond. Bagi saya mereka ini pemuzik yang ada ‘attitude’. Kalau kita dengar lagu Sam Hui, beliau punya trademark yang tersendiri dalam penciptaan lagu mahupun lenggok suara dan melodinya. Kita boleh tahu itu lagu Sam Hui jika ke udara di radio atau di mana-mana pun.

Sam Hui adalah pemuzik, pelakon dan singer-songwriter yang bertaraf legenda di Hong Kong juga di merata dunia. Beliau lahir pada 6hb September 1948 dan hari ini umurnya sudah menjangkau 65 tahun.

Pertama buat saya suka lagu-lagu beliau kerana citarasa muziknya lebih kurang sama seperti saya dan peminat lagu-lagu folk atau pop 70an. Lagu-lagu ciptaan dan nyanyiannya punya unsur folk pop yang kuat terutama lagu-lagu di awal kariernya awal tahun 70an dulu.

Di awal kariernya beliau menghasilkan beberapa buah album Inggeris yang kebanyakannya lagu-lagu cover yang popular di zaman itu. album-album Inggerisnya ‘Time of the Season ( 1971 ), Morning After ( 1974 ), Interlude ( 1975 ) dan Came Travelling ( 1977 ).

Apa pun saya lebih suka mendengar lagu-lagu Kantonis terutama lagu-lagu yang terdapat dalam filem ‘private Eyes ( 1976 )’ lakonannya kerana melodinya yang menarik dan beliau punya trademark dan tone yang tersendiri. Tajuk lagu-lagu Kantonisnya saya tak ingat dan tidak tahu sebenarnya sebab saya tidak pandai berbahasa Kantonis mahu pun Mandarin.

Saya juga kenal baik dengan beberapa rakan seperjuangan yang berbangsa Tionghua juga Mandarin seperti Pete Teo, Sei Hon, Jerome Kugan antaranya. Mereka memang berbakat dan sering menganjurkan program Singer-songwriter di awal tahun 2000 dulu.

Mereka ini juga banyak membantu saya terutama ketika menjadi busker sepenuh masa sekitar tahun 2004-2005 dulu. Busking ni sewaktu era itu pendapatan tidak menentu sebenarnya. Perjalanan nasib memang turun-naik, macam roller-coaster.

Sam Hui adalah pemuzik, pelakon dan singer-songwriter yang bertaraf legenda di Hong Kong juga di merata dunia. Beliau lahir pada 6hb September 1948 dan hari ini umurnya sudah menjangkau 65 tahun.
Sam Hui adalah pemuzik, pelakon dan singer-songwriter yang bertaraf legenda di Hong Kong juga di merata dunia. Beliau lahir pada 6hb September 1948 dan hari ini umurnya sudah menjangkau 65 tahun.

Pete Teo sering menganjurkan program Singer-songwriter Round waktu itu dan saya pernah dijemput untuk memeriahkan program yang dianjurkan. Begitu juga bila Sei Hon, Azmyl dan Jerome sering juga menganjurkan program KL Sing Song pada musim itu, saya juga sering dijemput untuk menjayakan.

Mungkin kerana saya antara folk singer-songwriter yang terawal bergerak sebagai artis indipenden yang memiliki sejumlah album dan sejak itu scene indipenden terutama yang melibatkan singer-songwriter berkembang sehingga ke hari ini.

Apa yang saya perhatikan atau saya ralat kerana kebanyakan mereka rakan saya yang berketurunan Cina ini jarang menyanyikan lagu ciptaan mereka dalam bahasa ibunda. mereka terlalu Inggeris dan barat yang penuh dengan mood-mood yang ballad dari segi penciptaan lagu dan nyanyian. Kalau yang sukakan mood-mood folk seperti artis Bjorg atau muzik yang jazzy dan New Age pula pengaruh muzik mereka langsung ke sana.

Saya pernah bertanya kepada mereka, mengapa tidak cipta lagu dalam bahasa Tionghua atau Mandarin? Tidak ada jawapan atau alasan sebenarnya. Ianya hanya sesuatu yang ‘trendy’ kerana biasanya anak-anak muda ini tanpa mengira apa bangsa, mereka akan main kord jazz untuk membuktikan yang mereka pandai bermain gitar, tapi malangnya tone pun tak keluar dan feel pun kurang.

Tidak ramai singer-songwriter hari ini yang menjadikan kumpulan Beyond atau Sam Hui sebagai idola. Saya salut kumpulan muzik Beyond yang bersusah-payah untuk naik dan diterima ramai sewaktu mereka mula bertapak di arena muzik Hong Kong awal tahun 80an dulu, yang mana kebanyakan penyanyi pop mereka lebih suka menyanyi lagu saduran popular yang dialih-bahasa ke bahasa Kantonis mahu pun Mandarin.

Mereka berjaya akhirnya di kenali sebagai sebuah kumpulan Muzik Canto yang punya ‘attitude’ dan bertaraf legenda sehingga ke hari ini. Saya salut jika singer-songwriter indipenden kita di sini yang berbangga untuk menyanyikan lagu sendiri dalam bahasa ibunda mereka dan jika berjaya mencipta kelompok yang majoriti, itu lebih baik.

Saya berharap suatu masa nanti akan muncul singer-songwriter Canto tempatan yang berjaya dengan lagu dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Adalah suatu cabaran bagi mereka bagaimana mahu membuka minda masyarakat Cina untuk menyokong dan minat akan karya yang mereka hasilkan.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malay Mail Online.