AUG 11 — Setelah Umno kalah teruk dan hancur di Kelantan kepada PAS dan Semangat 46, Perdana Menteri Dr Mahathir ,sebagai Presiden Umno, mengambil pimpinan Umno Kelantan bahkan menjadikan dirinya bapa angkat Umno Gua Musang.

Sebaik saja Najib mnjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno empat tahun lalu, dia ikut apa yang Mahathir di Kelantan dalam menangani kehancuran  Umno Selangor dan kekalahannya kepada Pakatan Rakyat setahun sebelumnya.

Tanpa mengkaji kejayaan dan kegagalan Dr. Mahathir, Najib ambil alih pimpinan Umno Selangor. Dalam PRU 2013, Najib mengalami di Selangor apa yang dialami Mahatir di Kelantan sebelum tahun 2000.

Sebagai pemimpin Umno Kelantan Dr Mahthir gagal mengembalikan kekuasaan UMNO kerana dia bukan orang Kelantan dan  dia bukan ahli Umno Kelantan. Tidak pilihan baginya memulangkan pimpinan UMNO kepada penduduk Kelantan.

Advertisement

Setelah pengalaman Dr. Mahathir itu dialami pula oleh Najib di Selangor dalam PRU 13, dia pun ikut apa yang Mahathir buat dulu.

Najib serahkan pimpinan Umno Selangor kepada Dato Noh Omar, seorng pimppinan Umno Selangor yang menjadi pembantunya  selama empat tahun lalu.

Apakah Noh boleh jadi pemimpin Umno Selangor yang lebih baik  dari Najib dan sseterusnya dapat mengembalikan kekuasaan Umno dalam PRU 14 nanti sama-sama kita tunggu. Yang nyata Najib bukan sekadar tidak berjaya di Selangor malah prestasinya di seluruh negara lebih buruk dari sebelumnya.

Advertisement

Selain dari memulangkan pimpinan Selangor itu kepada orang Selangor adalah suatu yang betul, Najib juga perlukan banyak masa dan tenaga untuk menebus kelehamannya di peringkat nasional. Kerana dia tidak dapat tunjuk prestasi yang baik di Selangor, maka dia boleh tembak Umno dan BN Kelantan dan  Pulau Pinang mengapa mereka tidak dapat kembalikan kuasa di negeri-negeri itu.

Yang Najib tidak ikut Dr. Mahathir ialah menjadikan ketua Umno Kelantan sebagai menteri dan timbalan menteri. Sebagai  menteri dapatlah digunakan kuasa dan peluang yang ada untuk membantu UMNO. Walaupun sejak 23 tahun dulu Umno masih gagal mengambil kuasa di Kelantan, tetapi dengan adanya orang Umno Kelantan dari menteri, dapat Umno bernapas dan prestasinya turun naik mengikut keadaan.

Najib buang pula orang Umno Selangor yang sudah jadi menteri. Noh yang jadi  ganti Najib itu sejak jadi MP Tanjung Karang sudah jadi timbalan meneteri dan kekal sebagai menteri sebelum PRU13. Tiba-tiba apabila Umno /BN  kalah lagi di Selangnor, digugurkan Noh dari menteri. Mengapa?

Mungkin kerana keupayaannya terhad. Apappun kabinet Najib selepas PRU kosong dengan orang Umno Selangor. Dan bila Noh jadi Pengerusi Umno Selangor dia saja yang tiada jawatan dalam kerajaan.

Sebagai ketua Umno negeri, Noh tidak dapat apa yang Tan Sri Anuar  Musa dan  Dato Mustapa Mohamad dapat. Kalau sebagai menteri yang banyak kuasa  dan banyak membantu UMNO dan orang UMNO  Kelantan mereka masih belum dapat merampas  Kelantan, maka apa harapan Noh yang tiada kuasa itu dapat mengambil Selangor dari Pakatan Rakyat?

Pada padangan umum ketua baru Umno Selangor itu adalah seorang mentri yang digugurkan dari kabinet oleh  Najib sendiri. Kalau  Anuar Musa pernah dikekalkan menteri  dan Mustapa Mohamad tidak peernah digugurkan dari kabinet walaupun Kelanntan kalah sentiasa, mengapa Noh disingkirkan? Mungkin dia tidak sebaik Anuar dulu dan Mustapa sekarang.

Dalam suasana begitu bolehkah Noh dapat memimpin Umno Selangor dengan cemerlang? Analisis awal beberapa profesor memberi banyak tanda tanya atas perlantikan Noh itu.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malay Mail Online.