29 OGOS — Mungkin mengenangkan MAS dipulihkan sepenuhnya seperti sebelum kejatuhannya dulu, maka ada cadangan dari bekas Perdana Menteri supaya syarikat penerbangan rasmi negara itu diswasatakan.

Tetapi beberapa hari kemudian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan setakat ini ia tidak akan diswastakan.

Berikut Ketua Pegawai Eksikutif MAS Ahmad Jauhari Yahya membuat kenyataan, dia yakin ia akan pulih sepenuhnya hujung tahun depan. Saya semua supaya mendoakan keyakinannya akan tercapai.

Apapun ia hampir terwasta apabila MAS cuba dicantumkan dengan syarikat penerbangan murah AirAsia dan tuan punya Tan Sri Tony Fernandes menjadi salah seorang pengarahnya. Masa itu semua bimbang syarikat penerbangan negara itu akan tergadai kepada syarikat penerbangan swasta itu.

Advertisement

Kebimbangan itu adalah berdasarkan kerajaan sebelum ini pernah menggabungkan Bank Bumiputra yang jadi antara bank terkuat negara dengan sebuah bank komersial yang lebih kecil tetapi Bank Bumiputra telah ditelan oleh bank kecil itu. Ia diibaratkan seperti sawa ditelan ular lidi.

Hari ini Bank Bumiputra sudah tiada dan kuburnya tidak ditemui.

Cerita menswastakan badan dan syarikat kerajaan adalah kisah popular zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kisah swasta itu tidak begitu kedengaran selepas pertukaran kuasa sejak sepuluh tahun lalu.

Advertisement

Tetapi Dr Mahathir masih memikirkan apa-apa yang dirasakan menjadi beban, supaya diswastakan seperti MAS itu. Dan juga mustahil dengan Proton yang Dr Mahathir juga adalah penasihatnya.

Ada yang berpendapat dasar penswastaan itu gagal, tetapi Dr Mahthir masih terfikir supaya MAS diswastakan.

Memanglah MAS pernah menjadi beban. Tidak terdaya orang-orang yang ada dalam MAS untuk mengatasinya hingga terpaksa kerajaan membawa orang dari luar, Idris Jala untuk memulihkannya. Banyak eset MAS dijual sebagai usaha untuk mengurangkan beban kewangannya. Sesudah Idris jadi menteri MAS belum juga pulih, maka dari cadangan Dr Mahathir supaya ia diswastakan seperti tiba masa MAS itu dijual.

Jika MAS dijual, siapakah agaknya yang akan membelinya? Mungkin Jepun, China atau Jerman? Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah Fernandes yang kira sebagai orang yang sangat berjaya menjadikan AirAsia dari sebuah syarikat penerbangan yang tidak ternama kepada syarakat tambang murah yang terkemukan di dunia.

Jika cadangan Dr Mahathir itu diterima, maka ia akan dimiliki oleh Fernandes. Adakah Dr Mahathir tidak dapat apa-apa?

Pernah saya bertemu dengan seorang kampung dari Kelantan di pantai Port Dickson beberapa tahun lalu. Dia mengaku bersaudara dengan Tan Sri Pahimin Rejab, Pengerusi AirAsia masa itu. Saya sebutkan Pahimin adalah orang besar syarikat penerbangan murah itu. Lalu orang kampung itu kata, ia syarikat Dr Mahathir.

Saya tidak pasti betul tidak cerita orang kampung yang mendakwa kerabat Pahimin. Memandang ia keluarga Pahimin saya suka mempercayainya. Banyak mana kepentingannya saya tidak tahu. Bila Dr Mahathir mencadangkan MAS diswastakan, tidakkah ada muslihatnya dan tidakkah dia ada kepentingan.

Ada pun kemerosotan yang hampir meingkupkannya berlaku di zaman pentadbiran Dr Mahathir. Orang kuatnya Tun Daim Zainuddin. Orang yang mereka letak di situ Tajuddin Ramli. Kemerosotan MAS membuka ruang mencadangkan ia diswastakan. Orang yang membelinya tidaklah bodoh untuk membeli benda yang terus menerus rugi. Untung bagi yang membeli kerana membelinya masa ia rugi. Harganya tentu tidak  s emahal masa ia untung.

Tidakkah mungkin rugi itu suatu yang dirancang dan bila ia dijual, ia akan dipulihkan. Beruntunglah orang membelinya. Dan Dr Mahathir adalah seorang yang tahu ilmu perniagaan.

Setakat ini kerajaan belum hendak menjual MAS.

* This is the personal opinion of the columnist.