25 OGOS — Ketika rencana ini ditulis kerajaan rampasan kuasa Mesir bercadang mengharamkan gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin, pertubuhan yang sebenar yang memerintah dan menguasasi Mesir yang diwakili Presiden Dr Mohamed Mursi.

Mungkin ketika rencana ini tersiar, ia sudahpun diharamkan.

Bukanlah suatu perkara baru yang  dilalui oleh Ikhwanul Muslimin jika ia diharamkan kerana ia sudah selalu diharamkan sepanjang Mesir di bawah tentera Presiden Gamal Nasser dari tahun 1952 hingga 1971. Ia tidak pernah dihalalkan oleh Presiden Anwar Sadat dan Hosni Mubarak. Orang-orangnya terus diindas — diburu dan dibunuh — ia tetap ada dan hidup bukan sekadar di Mesir bahkan di seluruh pelusuk bumi Arab, bahkan pengaruhnya berkembang merayap seperti api dalam sekam.

Apakah ia diharamkan atau pun tidak ia terus dalam hati dan nadi rakyat Mesir. Dengan orang-orangnya yang sudah mendapat tarbiyah bermula dari zaman pengasasnya Imam Hassan al-Banna tahun 20an dulu tahu apa yang patut dibuat dan sambutan umat berterusan di mana-mana.

Advertisement

Selama-lamanya sejak Mesir  di bawah tentera dari tahun 50an penjara-penjara Mesir diisi dengan pimpinan aktivis Ikhwanul Muslimin, dengan segala helah tentera bagi menghalang pengaruhnya, ia tidak terhalang dari memenangi pilihan raya  Parlimen dan pilihan raya Presiden pertama pasca Mubarak.

Sama ada demokrasi ada atau tidak ada di Mesir Ikhwanul Muslimin terus berkembang baik secara sulit ketika ia diburu di sana sini atau semasa regim tentera regim itu rehat dari memburunya, ia terus ada dalam kehidupan rakyat Mesir.

Imam Hasan al-Banna, pegasasnya dibunuh, Sayyid Qutub digannung, rama ulamanya dibunuh, Ikhwan kekal. Muruhnya seperti Nasser dan Anwar Sadat mati, Ikhwan belum mati dengan izin Allah.

Advertisement

Orang kata komunis tegar dengan ideologi baik marxis, leninis dan stalinis adalah seliat penganut berideologi, tetapi pengikut Ikhwanul Muslimin yang sudah ditarbiyah  dengan pegangannya adalah Allah dan RasulNya adalah lebih teguh dari  semua perjuangan yang bermatlamat.

Maka jika diharamkan untuk kesekian kalinya oleh tentera Mesir, pemimpin-pemimpin dan oranaga-orangnya dibunuh dan disiksa seperti yang sedang dilakukan sejak beberapa hari lalu, Ikhwan yang sudah berpengalaman pahit dan manis itu akan hidup lebih lama dari Jeneral Abdul Fatah al-Sisi yang menghianati dan menggulingkan Presiden Mursi. Baik Mursi dikembalikan ke tampuk pentadbiran atau tidak Ikhwan tetap dalam hati banyak orang.

Kepercayaan orang Islam yang tebal imannya, kekejaman dan kezaliman pemerintah Mesir terhadap ulama dan penyokong pejuang  Ikhwan baik  semasa ia masih beraja  dan selepas ia ditadbir tentera terus mengalami penghinaan dan bangsa itu tidak dilihat agung dan mulia lagi.

Dalam pertemuan pimpinan PAS dengan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar selepas Umno diharamkan hujung 80an lalu, saya ingatkan kepada Tun Hanif agar tidak menzalimi pejuang-pejuang Islam. Kerajaan yang  menindas tidak akan mendapat keberkatan dan kejayaan. Presiden Nasser mengumpulkan persenjataan canggih berbilion dolar untuk menghadapi Israil  tetapi kekuatan tentera dan persenjataannya dimusnah Allah melalui perang  enam hari dengan Israil tahun 60an.

Sejak itu Mesir terus dilanda kehinaan. Tidak pernah regim tentera Mesir tidak menindas Ikhwanul Muslimin, maka selama itulah bangsa Mesr dan Arab bukan sekadar ditundukkan oleh kuasa besar barat bahkan ia menjadi pak turut  Israil.

Tun Hanif hanya mendegar saranan saya ketika itu.

Jika Ikhwan diharamkan, kuburnya tidak ada kerana ia tidak mati, tetapi ia hidup dalam berbagai keadaan, menyantuni rakyat Mesir yang tertindas itu hingga bangsa itu terbela.

* This is the personal opinion of the columnist.