22 OGOS — Kebanyakannya belum membaca buku mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi, “Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia”. Tetapi dia sudah menggemparkan semua orang baik orang Umno mahu pun bukan Umno.

Pak Lah, panggilan yang diberi oleh  semua kepada bekas Perdana Menteri tidak buat apa-apa tentang buku itu. Keseluruhan kandungan buku itu bukan atas apa yang dia kata dan fikir,  tetapi ia adalah ia adalah tentang apa orang lain kata tentangnya dan kepimpinannya.

Ada pun yang dikira daripadanya adalah satu bab interbiunya dengan dua orang penyunting buku itu. Buku itu sendiri bukan pula karya oleh dua orang penyunting itu. Mereka sekadar menyusun dan menyuntingnya saja.

Apa yang kebanyakannya tahu tentang buku itu ialah laporan berita tentang temu-bualnya dengan penyunting itu. Apa yang dilaporkan Pak Lah dikatakan menjawab beberapa perkara yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata tentang pentadbirannya dan dia menjelaskan secara berterus tentang apa yang dilakukannya.

Advertisement

Apa yang dilaporkan itu seolah-olah ada percanggahan dengan pandangan orang lain terhadap pimpinannya terutama yang Dr Mahathir kata dan pandangan terbukanya tentang pentadbiran sekarang.

Kita pun tidak tahu apakah laporan itu tepat dengan apa yang Pak Lah beritahu kepada penyuntingnya, tetapi ketika rencana ini ditulis belum ada bantahan dari Pak Lah mengenainya. Ini bererti yang dilaporkan itu tepat.

Saya sendiri sama seperti orang lain melihat buku itu dan hanya mengulas berdasarkan apa reaksi sekalian orang yang belum membacanya.

Advertisement

Macam-macam prasangka mereka terhadap Pak Lah dan buku yang mereka belum baca. Rata-rata curiga dengan penerbitan itu dan bimbang Pak Lah membuat kritikan terhadap kerajaan, Umno dan pimpinan selepasnya.

Lebih mencemaskan kebanyakannya — penyokong tegar Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Dr Mahathir — ialah kata penghantar buku itu dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah, seorang yang dikira kritikal tentang pentadbiran dan piminan sejak zaman Dr Mahahtir hinggalah ke zaman Najib. Tidak kecuali dia juga kritikan tentang pimpinan Pak Lah dulu.

Kemudian penerbit memilih pula Nuruz Izzah Anwar, puteri Datuk seri Anwar Ibrahim untuk melancarkannya. Kedua-dua Anwar dan anaknya adalah pembangkang tegar kepada kerajaan dan Perdana Menteri, seteru politik Dr Mahathir. Mereka juga bukanlah orang selesa dengan Pak Lah.

Pelancaran buku itu tidak dibuat dalam negeri, bahkan di Singapura.

Maka semua senario itu adalah mengundang rasa cemas sekalian penyokong Umno dan penyokong Najib. Buku ini pula diterbitkan menjelang pemilihan pimpinan Umno dan perhimpunan agung hujung tahun ini.

Pak Lah sebelum ini tidak dikenali seperti Tunku dan Dr Mahahtir. Tunku selepas berundur menjadi pengkritik utama kepada ketiga Perdana Menteri selepasnya iaitu Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir. Tunku telah memberi kritikan tajam terhadap mereka dalam setiap tulisannya. Dan Dr Mahathir pula menjadi pentang utama Pak Lah hingga dia bertindak keluar Umno.

Pak Lah belum buat seperti apa dua Perdana Menteri itu buat, tetapi dia dengan buku yang bukan dia tulis, sudah pun mengemparkan suasana. Dan apakah Pak Lah akan membisu juga selepas buku dibaca oleh semua orang dan berdiam diri seperti sebelum ini? Yang heboh bukan sangat apa yang dia kata tetapi tentang apa yang orang kata tentangnya.

* This is the personal opinion of the columnist.