29 JULAI — Yang menentang Malaysia menyertai TPP — Perkongsian Trans-Pasifik — bukan sekadar beberapa NGO, tetapi ia juga disanggah oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tulisan saya diruangan ini sebelum ini, kritik Dr Mahathir itu dibuat sebelum dia didatangi Menteri MITI, Datuk Mustapa Mohamad bagi menjelaskan apa untung ruginya Malaysia menyertai muafakat yang dipercayai diketuai oleh Amerika itu.

Selepas dia ditemui oleh Mustapa, dia tetap tidak dapat menerima eloknya Malaysia menyertainya. Panjang lebar kenyataan mengapa ia elok tidak disertai.

Ternyata sekarang kerajaan tidak dapat menyakinkan Dr Mahathir.

Advertisement

Dia berkongsi kebimbangan dengan pengkritik-pengkritik perkongsian itu betapa nantinya ekonomi negara tidak lagi bebas, melainkan akan dikuasai oleh syarikat gergasi Amerika. Tujuan Amerika mahu sangat pakatan itu ialah ia mahu menembusi pasaran negara-negara yang menyertai dan mengasainya.

Malaysia tidak cukup kuat dibandingkan Amerika untuk menolak apa yang merugikan setelah kita menjadi sebahagian dari kerjasama itu kelak. Ia boleh buat macam-macam supaya kita tunduk kepadanya tetapi kita tidak buat apa-apa jika tidak bersetuju dengannya.

Dengan pendirian Dr Mahathir itu tidaklah mudah lagi bagi kerajaan untuk menyertainya. Kerajaan boleh ketepikan bantahan orang lain, tetapi kerajaan tidak boleh pandang remeh pandangan Dr Mahahtir kiranya dia mengambil sikap menentang.

Advertisement

Setakat ini kerajaan belum mengeluarkan hujah yang mengatakan ia menguntung negara. Ia sekadar sedang bincang mengenai apa yang menguntungkan dan apa yang tidak menguntungan. Jika yang tidak menguntungkan itu kita tolak dan Amerika setuju untuk mengecualikan apa yang kita tidak setuju, barulah kita sertai.

Itu saja yang dijanjikan kerajaan kepada kita, tetapi kerajaan tidak nyatakan apa yang kita tidak setuju dan apa yang kita setuju. Oleh kerana kita tidak tahu apa yang dibincangkan dan apa yang Amerika mahu kita ikut, maka bimbang kerajaan akan setuju yang tidak setuju.

Kita percaya Dr Mahathir sudah tahu apa matlamat Amerika dan matlamat mufakat itu dari penjelasan  yang menteri buat kepadanya. Dan dia juga tentu diberitahu apa yang kita belum setuju yang sedang dibincangkan.

Apa pun penjelasan menteri ternyata Dr Mahathir belum dapat menerimanya. Kerana itu selepas pertemuan itu Dr Mahathir menasihatkan kerajaan jangan menyertainya.

Pada Dr Mahathir kita akan rugi kiranya kita menyertainya. Dapat kita simpulkan dari reaksi Dr Mahathir itu, Malaysia akan menjadi hamba kepada Amerika.

Apa Dr Maahthir patut buat bagi menghalang penyetaan Malaysia itu? Jika dia tidak buat apa-apa dan akhirnya kita menyertainya, maka ini bererti Dr Mahathir membiarkan ekonomi Malaysia menjadi hamba kepada Amerika.

Dr Mahathir diketahui mengetuai satu yayasan bagi mengumpulkan segala maklumat tentang berbagai isu global. Ia boleh mengatakan seminar dan berbagai kegiatan untuk kepentingan bersama umat manusia khususnya mengenai kepentingan nasional kita.

Maka inilah masanya Dr Mahathir menganjurkan forum yang terdiri dari pakar-pakar dalam dan lluar negeri bagi membincangkan untung ruginya Malalysia menyertai TPP.

Kita mahu tahu apa sebenarnya kerugian kita berada dalam pakatan itu. Biar kerajaan dan pegawai kerajaan tahu persoalan itu.

Kita percaya setakat ini, kerajaan berminat menyertainya. Jika ia tidak berminat masakan ia menyertai perbincangan yang sudah berlarutan itu. Ia boleh tidak menyertinya lagi. Dr Mahathir mesti anjurkan forum itu sebelum Obama datang dalam acara perasmian pelancarannya.

* This is the personal opinion of the columnist.