4 JULAI — Datuk Husam Musa yang bintang dilihat bergerlapan menjelang PRU13, bertimpa-timpa mengalami ujian antara masa kempennya hingga hari ini. Bukan saja dia layak disampaikan takziah dan ucapan inna lilla waninna ilaihi rajiun.

Semua melihatnya sebagai orang politik dari Kelantan yang perlu diperhatikan sejak beberapa tahun lalu, bukan saja dilihat sebagai pembekal kelengkapan yang diperlukan oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu yang jaga adalah Mursyidul Am PAS.

Dan Husam juga dilihat sebagai bintang cemerlang dalam hiraki pimpinan PAS dan orang penting parti itu masa depan.

Maka penyertaannya sebagai calon PAS Parlimen Putrajaya menjadi perhatian semua pihak, malah pandangan popular rakyat Malaysia, beliau patut muncul sebagai pemenang pada pilihan raya 505 itu.

Advertisement

Ujian pertamanya beberapa hari sebelum menggundi, bondanya meninggal dunia. Seperti semua umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW, tidak orang beriman tewas dalam ujian itu. Sekali pun pilu dan terharu ia tidak mengurang semangatnya berjuang memenangi kempen itu.

Ujian itu diikuti dengan kegagalannya merampas kerusi Parlimen Putrajaya. Tetapi tidak mengapa kerana beliau mempertahan kerusi DUN Salor di Kelantan. Kira-kira dapat meneruskan khidmatnya seperti sebelum DUN dibubarkan.

Amat mengejutkan namanya tercicir dalam senarai Exco Kelantan setelah Tok Guru Nik Aziz mengundurkan diri sebagai Menteri Besar. Dia adalah orang yang boleh dicalonkan sebagai pengganti Tok Guru Nik Aziz berdasarkan bacaan polilltiknya dan pengalamannya.

Advertisement

Jika pun seorang lain jadi Menteri Besar yang baru, dia tentu jadi pembantu penting MB sebagaimana yang dilakukannya sebelumnya. Tiba-tiba nama hilang dari senagai Exco.

Semua melihatnya dilanda malang yang tiada tahu siapa dapat menjelaskan. Sekalipun ia ada ujian dan dirasakan rugi luntuk kerajaan dan Kelantan oleh banyak pihak, tetapi Husam adalah pimpinan PAS Pusat yang berbakat. Dia masih Naib Presiden PAS yang dipercayai dapat memberi banyak sumbangan bukan saja buat PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, bahkan dia dapat menyumbang banyak buat politik negara.

Cetusan paling besar dan bermakna darinya tentang politik dan ekonomi masa depan negara apabila dia berjaya membongkar penggelapan royalti minyak untuk Kelantan. Ia adalah isu besar yang ditemuinya dan diperjuangkan. Jika orang melihat Tengku Razaleigh sebagai orang penting dari Kelantan yang membangunkan Petronas, maka Husam adalah wira dari Kelantan yang cetus isu tuntutan royalti minyak.

Masa depan isu banyak bergantung pada politik yang didepani Husam.

Amat malangnya baginya lagi, sesudah semua kecederaan yang dihadapinya, seperti ditimpa tangga, dia ditahan polis atas dakwaan di bawah akta hasutan.

Dia sudah dibebaskan oleh polis dan sudah disiasat. Risiko yang dihadapkan dengan Akta Hasutan ini tidak dapat hendak diramal dan diandaikan. Orang yang dikenakan ISA tidak pernah dikira bersalah kerana mereka tidak pernah dibicarakan.

Tetapi Akta Hasutan boleh dipenjara dan boleh didenda.

Ramai orang dipercayai merempuh Akta Hasutan tetapi tidak didakwa. Tetapi yang tidak disangka didakwa melanggar akta itu. Nasiblah bagi orang melanggar lampu merah tidak didakwa, tetapi kesalahan yang sama orang lain didakwa. Orang yang didakwa tidak dapat bertanya polis dan pendakwa mengapa orang lain yang melanggar lampu merah tidak ditangkap?

Itulah namanya nasib. Apapun Husam belum bersalah selagi tidak dibicarakan oleh mahkamah. Tetapi ia adalah ujian masa depan politik. Ada orang yang diuji atas dakwaan khalwat  dan yang lain atas liwat, tetapi Husam diuji dengan Akta Hasutan. Ia boleh mengganggu perjuangan menuntut royalti dan menghalangnya dari membongkar lain-lain penyelewengan.

Sesungghnya dia sedang diuji. Moga-moga dia lulus dalam ujian itu.

* This is the personal opinion of the columnist.