KUALA LUMPUR, 30 Nov — Agar tidak ditindas majikan, pengacara televisyen Hazeman Huzir menasihatkan orang ramai supaya melakukan pekerjaan setimpal dengan gaji yang diterima.

Hazeman berkata perkara itu penting bagi mengelak seseorang individu dibayar gaji tidak memadai.

“Jika gaji anda RM1,500 tapi buat kerja RM5,000, itu bermakna anda dibayar murah,” catat di Twitter.

“Bersyukur satu hal, tapi menjadi bijak juga satu hal. Tolonglah jangan baik sangat. Kalau kau mati, syarikat boleh ganti kau macam tu saja.”

Advertisement

Pengacara rancangan Motif Viral dan HLive berkata demikian membalas hantaran seorang individu meminta setiap manusia bersyukur dengan pekerjaan mereka.

Warga maya itu mengatakan walau bekerja gaji tidak sesuai, tapi yakinlah “Allah akan bayar dengan cara yang lain”.

Advertisement

Hantaran Hazeman dikongsi lebih 27,000 kali, termasuk mendapat respon positif pengguna internet yang bersetuju dengan pendapatnya.

Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan lebih 400,000 penjawat awam tertekan dengan tekanan kerja sehingga mengalami sakit jiwa bahkan ada yang diberikan kad psikiatri.