Suka makan lewat malam sebelum tidur antara punca seseorang individu tidak mampu mengawal berat badan. — Foto oleh CK Lim
Suka makan lewat malam sebelum tidur antara punca seseorang individu tidak mampu mengawal berat badan. — Foto oleh CK Lim

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Suka makan lewat malam sebelum tidur antara punca seseorang individu tidak mampu mengawal berat badan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jika perbuatan ini dijadikan samalam, ia akan mengakibatkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

Sehubungan itu, KKM melalui bahagian pemakanan di Twitter berkongsi beberapa tips bagi mengelakkan tabiat mengambil makanan lewat makan.

 

Advertisement

Pertamanya adalah merancang waktu makanan harian. Jangan langkau waktu makan untuk mengelakkan rasa lapar melampau pada waktu makan yang seterusnya.

Anda juga boleh mengamalkan diet hidangan “suku suku separuh” selain pengambilan snek sihay seperti buah dan susu sebelum tidur, jika perlu.

Advertisement

Selain itu, KKM turut menasihatkan agar mengelakkan berjaga hingga lewat malam kerana ia boleh mencetuskan rasa lapar yang keterlaluan.

 “Kurang tidur menyebabkan individu sering berasa lapar sepanjang hari,” katanya.

Selain itu, aktiviti yang menyebabkan individu tidur lewat juga perlu dielakkan.

“Jika masih lapar, elakkan ambil makanan dan minuman yang tinggi kalori, gula dan lemak seperti coklat, burger, air berkarbonat atau kerepek,” katanya.

Hantaran KKM sejak pagi tadi dikongsi lebih 899 kali dan disukai lebih 1,300 pengguna Twitter.