KUALA LUMPUR, 28 Nov — Kes demam denggi dan zika di Malaysia dijangka naik tahun depan berikutan perubahan iklim.
Melalui Twitter hari ini, Pusat Pentadbiran dan Kajian Politik mendakwa wujud kajian yang mengesahkan suhu global meningkat dan mengakibatkan penyebaran denggi dan zika bertambah kerana nyamuk dapat hidup lebih lama.
Merujuk kajian “Global Expansion and Redistribution of Aedes-borne Virus Transmission Risk with Climate Change”, perubahan iklim boleh memberi impak kepada perubahan geografi penyakit.
Kajian sudah mengesahkan bahawa negara2 termasuk Malaysia akn mengalami peningkatan kes denggi & virus zika disebabkan oleh kenaikan suhu drpd perubahan iklim.
— Centre for Governance and Political Studies (@CentGPS) 28 November 2019
Apabila suhu meningkat, penyebaran denggi & zika juga meningkat kerana nyamuk dapat hidup lebih lama. #SeminitJe pic.twitter.com/VKoVNQGZKB
Kajian terbitan Public Library of Science (Plos) Mac lalu dijalankan berdasarkan agihan spatiotemporal wabak virus dibawa Aedes.
Model kajian tersebut menganggarkan 1 bilion lebih orang di Eurasia dan Amerika Utara berdepan risiko terjebak dengan zika dan denggi pada tahun 2050.
“Penyakit seperti zika yang menyebabkan kecacatan kelahiran dan keguguran bayi akan merebak lebih cepat kerana hujan lebat dan peningkatan suhu.
“Peningkata jumlah hujan akibat daripada perubahan iklim akan menambahkan tempat pembiakan nyamuk,” catat CentGPS. sambil menjangka kos perubatan di Malaysia bertambah ekoran kes kian meningkat.