23 JULAI — Sebelum masuk bulan Ramadan kecoh masing-masing dengan isu pengendali bas hendak menaikkan tambang balik beraya di kampung sebanyak 30 peratus. Yang menanggungnya ialah pengguna.

Dalam bulan puasa ini seperti bulan-bulan puasa yang lalu berulang lagi kenaikan harga ayam. Seperti dulu-dulu juga tiada kerajaan kita yang dapat mengawalnya sekalipun menteri bertukar ganti.

Peruncit menyalahkan pembekal kerana mereka beli tinggi dari pembekal. Patutkah peruncit jual seperti biasa jika membeli tinggi dari pembekal. Pembekal salahkan penternak kerana penternak menaikkan harga dengan alasannya. Penternak pula kata, makanan ayam naik.

Tetapi pasar tani mendakwa ayamnya murah dari tempat lain. Pasar tani mendapat bekalan dari FAMA. Mengapa pasar tani boleh jual dengan harga biasa tetapi di pasaran terbuka yang lain mahal belaka?

Advertisement

Kalau ia murah di pasar tani mengapa harga mahal di pasar lain? Kalau FAMA boleh bekalkan ayam murah kepada peniaga pasar tadi mengapa peruncit yang ramai ini tidak mendapatkan bekalan dari pihak yang membekalkan ayam kepada peniaga pasar tani?

Mungkin FAMA tidak dapat membekalkan ayam yang diperlukan oleh semua pengguna di seluruh negara. Dan mungkin ia tidak ada di semua tempat dan daerah? Dan mungkin ia tiada mekanisma dan rangkaian pembekal ke semua tempat.

Dan keupayaannya hanya mungkin dapat membekalkan kepada peniaga pasar tani saja dan pasar tani pula tidak ada di semua tempat.

Advertisement

Apapun kementerian perusahaan asas tani perlulah memikirkan menjadi pengeluaran ayam sebagai satu industri besar mengandungi sistem yang lengkap bukan sekadar mengadakan bekalan anak ayam tetapi termasuk rangkaian sistsem bekalan makanan dan bagaimana bahagian bekalan makanan dapat mengeluarkan maknanan yang murah.

Apabila ia ada kilang yang mendapatkan bahan murah untuk memproses makanan, maka ia boleh membekalkan makanan murah kepada penternak, membekalkan anak ayam yang murah, maka tentulah ia boleh membekalkan ayam yang murah kepada penjaja bukan saja di pasar tani tetapi kepada peruncit-perncit yang lain.

Jika kementerian boleh mewjudkan satu industeri pembekal ayam yang utama kepada negara, maka ia boleh mendorong pengeluar ayam yang lain tidak mempermainkan harga ayam setiap kali perayaan dan setiap kali puasa.

Jika kementerian melalui agensinya seperti FAMA dapat mengadakan industri pembekal ayam utama, bukanlah tujuannya untuk memonopoli pengeluar ayam sehingga tutup perniagaan ayam yang lain, tetapi ia adalah sebagai satu sistem saingan bagi mengelakkan pengelluar dan peniaga ayam membuli kerajaan  dan pengguna dari semasa ke semasa.

Setakat ini kerajaan mendakwa bahawa ia mengasai pengurusan yang baik dalam semua bidang. Tetapi ia tidak dapat mengawal kenaikan harga ayam suatu bahan makanan yang amat diperlukan  dalam bulan puasa ini. Pengguna boleh mengawal nafsu makan ayam di masa lain tapi tidak dibulan puasa.

Kita tidak perlu bercakap tentang ketidak upayaan mengawal kenaikan lain-lain barang atau semua barang. Ayam saja cukup untuk menjadi kerajaan tidak berkesan.

Mengapa kerajaan Taliban di Afghanistan dulu, apabila Mullah Umar kata, penanaman bunga popi — bahan dadah — suatu yang Islam larang, maka semua penanam popi memusnahkan tanamannya sedang ia adalah sumber pendapatan penting penduduk zaman berzaman?

Bukan fasal hukuman Taliban keras, tetapi kerana rakyat mendengar kata-kata pemimpinnya dan pemimpinnya pula tidak memperdagangkan rakyatnya. Manakala kita memperdagangkan orang (rakyat). Pemimpin mencari untung atas rakyat.

* This is the personal opinion of the columnist.