JANUARI 25 — Kebelakangan ini apa saja produk yang berintikan ‘indipenden’, ianya semakin mudah diterima dan mendapat perhatian dari mereka di kalangan anak anak muda yang progresif. Tidak kira samada melalui buku, teater mahupun muzik, kesannya semakin positif dari sehari ke sehari.

Saya suka melihat ianya berkembang. Sekurang kurangnya anak anak muda hari ini diberi pilihan untuk memilih mana yang mereka suka. Seperkara kita perlu menyokong produk indipenden demi memastikan mereka boleh terus berkarya.

Bukan senang nak senang, tapi kalau kita ada sikap saling membantu, tidak ada yang mustahil di dunia ini. Kalau kita bikin album, jika ada pembeli maknanya kita boleh terus berkarya.

Sekurang kurangnya genre muzik dan seni kita tak adalah sehala sahaja hala tujunya, sehingga dari berkualiti sampailah ke kuantiti dan tidak berkualiti.

Advertisement

Saya pernah terlibat dalam pementasan teater Bilik Sulit arahan Hishamuddin Rais beberapa tahun lalu. Walau saya hanya menyanyi dan berlagu, namun saya fahamlah juga perjalanan cerita yang dipentaskan itu. Sambutan pun sangat menggalakkan.

Terbaru, Faisal Mustaffa melalui RAT akan mempersembahkan teater ‘Super PTUI! & Transit Kaler Magenta’ bermula pada 27 Februari — 1 Mac 2015, jam 8.30 malam bertempat di PJ Live Arts Sdn Bhd, Blok K @ Jaya One, 72A, Jalan Universiti, Petaling Jaya.
Terbaru, Faisal Mustaffa melalui RAT akan mempersembahkan teater ‘Super PTUI! & Transit Kaler Magenta’ bermula pada 27 Februari — 1 Mac 2015, jam 8.30 malam bertempat di PJ Live Arts Sdn Bhd, Blok K @ Jaya One, 72A, Jalan Universiti, Petaling Jaya.

Baru baru ini saya sempat berbual dan bertukar pandangan dengan penerbit Faisal Mustaffa, tuan punya produksi Rumah Anak Teater (RAT). Beliau sudah terlibat dalam pementasan teater sejak tahun 2008 lagi. Katanya sudah 40 jumlah pementasan teater yang telah dipentaskan.

Antara pementasan yang telah diterbitkan seperti Teater Kompilasi Vol 1 (2008), Teater Kompilasi 2 (2009), Teater Tanda Kompilasi 3 (2010), Teater Pokok Kelapa Sayang (2010), Banduan Akhir di Sel Akhir (2011) dan Senapas (2011)

Advertisement

Kalau sudah bergerak sejak tahun 2008 sehingga ke hari ini, maknanya ada permintaan dan mendapat sambutanlah. Walau kata Faisal , “ tak adalah untung sangat”. Beliau melakukan semuanya kerana minat walau banyak juga kekangan yang dihadapi.

“Anak anak muda hari ini mereka mahu tema yang ringan sahaja yang tidak berbelit belit dan yang membuatkan khalayak berfikir”, tambah Faisal lagi.

Bagi saya itu lebih baik dari tak ada sambutan langsung. Sekurang kurangnya mereka punya minat untuk menonton pementasan teater. Dari mereka menonton filem hantu Melayu di panggung wayang lebih baiklah menonton teater.

Kelebihan teater berbanding filem, selain segalanya berlangsung secara ‘live’, ianya juga menitik beratkan karakter dan watak si pelakon. Bukan mudah untuk kita menarik minat penonton untuk sukakan lakonan kita dalam tempoh masa yang terhad.

Selain RAT, terdapat juga lain lain produksi indipenden yang aktif membuat pementasan teater seperti Ayaq Hangat yang tuan punyanya saudara Namron, pelakon dan pengarah yang berkaliber zaman ini. selain produksi Luar Kotak juga aktif membuat pementasan.

Terbaru, Faisal melalui RAT akan mempersembahkan teater ‘Super PTUI! & Transit Kaler Magenta’ bermula pada 27 Februari — 1 Mac 2015, jam 8.30 malam bertempat di PJ Live Arts Sdn Bhd, Blok K @ Jaya One, 72A, Jalan Universiti, Petaling Jaya.

Teater yang diarahkan Wan Azli Wan Jusoh ini memberi tema yang agak menarik, iaitu tema konflik kekeluargaan. Watak watak yang dipersembahkan juga menarik. Ada watak rebel, ada yang jenis patuh dan ada watak austisma. Si ayah pula jenis yang tipikal yang mahu anak anaknya menjadi seperti apa yang dimahunya.

Seperti catatan si pengarahnya, “ Saya lihat persoalan dalam drama ini sebagai belenggu yang kita semua sedang mendepani dan kita sebenarnya sedang asyik bermain di dalamnya secara sedar atau tidak. Kita tidak mampu melepaskan diri dari sejarah yang telah membentuk kita menjadi sebegini seandainya kita tidak mengerti atas tujuan apa semua ini harus terjadi”

Sedikit info tentang RAT, RumahAnakTeater (RAT) adalah sebuah komuniti seni yang sudah terkenal di kalangan penggiat seni. Kumpulan ini telah ditubuhkan secara tidak rasmi pada Oktober 2008.

Ianya diasaskan oleh Nam Ron bersama beberapa anak muda seni yang berjiwa kental yang kebanyakannya terdiri dari pelajar pelajar Akademi Seni Kebangsaan.

RAT juga pernah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Selangor iaitu melalui teater.

Short Eyes pada tahun 2010 danTeaterTanda juga pada 2010. Kedua dua teater ini dipentaskan hasil kerjasama antara RAT bersama Pelancongan Selangor bertempat di PJLA, Jaya One, Petaling Jaya.

Kumpulan ini juga menceburi bidang komedi lawak berdiri ( stand up comedy) yang mencabar melalui siri CERITA MALAM JUMAAT yang berjaya menjadi salah satu acara dalam JB Arts Festival 2014.

Berbanding sewaktu teater indipenden baru nak berkembang pada 2008 dulu ( atau mungkin sebelum itu ), hari ini suasananya semakin meriah dan hidup.

Industri muzik dan hiburan di negara kita ini sudah sampai di tahap tepu. Seni pun diniagakan sebegitu rupa sehingga nilai keseniannya tidak lagi asli bahkan bersalut plastik. Kita perlukan sifat-sifat yang realisitk dan nyata.

Kita perlukan kenyataan, bukannya mimpi dan angan angan. Mereka jangan diajar berangan. Nanti jadi Mat Jenin, kuat berangan sampai terjatuh dari pokok kelapa.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malay Mail Online.