Sports
Dakwa pihak lawan langgar peraturan, wakil calon bebas PRK Slim buat laporan polis
Generic picture of the PDRM logo as seen at Bukit Aman in Kuala Lumpur January 16, 2019. u00e2u20acu201d Picture by Ahmad Zamzahuri

TANJUNG MALIM, 24 Ogos — Seorang wakil kepada calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim membuat laporan polis berkaitan sebuah pameran kerjaya yang berlangsung di kawasan itu.

Amirul Fairuzzen Jamaluddin yang merupakan pengurus kempen kepada calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, mengenai Karnival Kerjaya dan Kemahiran JobsMalaysia yang berlangsung di Slim River, dekat sini.

Dalam laporan itu, dia mendakwa pameran kerjaya yang dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia M Saravanan, melanggar peraturan kempen pilihan raya di bawah Seksyen 10 (B) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt  Sulizmie Affendy Sulaiman ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berkenaan. — Bernama

Related Articles

 

You May Also Like