Sports
Khairy: Zahid 'segan hendak cakap', Najib kena jarak dari Umno
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak leaves the Kuala Lumpur High Court after being charged today, August 8, 2018. u00e2u20acu201d Picture by Azneal Ishak

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Khairy Jamaluddin menyokong desakan agar Datuk Seri Najib Razak menjauhkan diri daripada Umno susulan kes mahkamahnya.

Bekas ketua Pemuda Umno berkata presiden baru Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi "segan” untuk membuat desakan sedemikian, lapor Sinar Harian.

"Sudah tentulah Zahid, beliau segan nak cakap ini bukan soal setia tau tidak setia,” kata Khairy, mengulas gesaan Datuk Seri Nazri Aziz.

"Ini soal sayang parti, apatah lagi sekarang ini Najib didakwa [di mahkamah] jadi kalau dia masih lagi tak lepas sepenuhnya pada presiden baru untuk parti 'to move on', susahlah kita.”

Nazri, bekas menteri dan ahli parlimen Padang Rengas, menggesa bekas perdana menteri itu memberi ruang kepada bekas timbalannya Zahid.

Bekas presiden Umno itu perlu mencontohi dua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, katanya.

"Umno macam susah selagi Najib tidak jarakkan diri, kita masih lagi bawah bayang-bayang dia, jadi dia faham sendiri, mesti ikut jejak Tun Mahathir dan Pak Lah,” katanya.

Mengulas Nazri, Khairy berkata beliau setuju pemimpin Umno kini perlu diberi ruang yang sepenuhnya untuk meletakkan hala tuju yang baharu.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib menafikan beliau campur urusan pentadbiran Umno sejak meletakkan jawatan sebagai presiden parti.

Malah, katanya lagi, Zahid "sangat bebas untuk membuat keputusan”. Selain itu, tegasnya, beliau juga menyokong penuh Zahid.

Namun Najib turut menjelaskan menjadi hak beliau untuk mempertahankan diri daripada tuduhan kerajaan dan membela dasar-dasar kerajaannya dulu.

"Saya fikir untuk berlaku adil, membela diri memang menjadi hak seseorang dan semua warganegara, sebab itulah saya menggunakan hak saya untuk menjelaskan [tuduhan terhadapnya],” katanya.

Awal Julai lalu, Najib didakwa menerima rasuah dan pecah amanah RM42 juta dana bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Minggu lepas beliau dihadapkan dengan tiga pertuduhan menerima wang RM42 juta itu, hasil aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd.

Baca seterusnya di Malay Mail.

Related Articles

 

You May Also Like