Sports
Melaka Utd belasah ATM 6-0, pintas KL
Pemain Kuala Lumpur Muhammad Hafis (kiri) cuba melarikan bola dari pemain Sime Darby FC Muhammad Juzaili Samion pada perlawanan liga Perdana di Stadium Perbandaran Selayang 17 Mei 2016. u00e2u20acu201d Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Melaka United kembali memimpin carta Liga Perdana selepas menang selesa 6-0 ke atas pasukan tercorot, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, semalam.

Kemenangan ketujuh daripada 11 perlawanan itu menyaksikan mereka terikat 24 mata dengan Kuala Lumpur tetapi berada di tangga teratas menerusi kelebihan jaringan.

Penyerang import dari Montenegro, Ilija Spasojevic muncul wira Melaka United selepas meledak empat gol iaitu pada minit ke-20, 37, 44 dan 90.

Mereka sebelum itu mendahului ATM 2-0 hasil jaringan Labinot Harbuzi seawal minit kedua dan G Puaneswaran pada minit ke-16.

Kuala Lumpur pula jatuh ke tangga kedua walaupun mengutip tiga mata menerusi kemenangan 2-1 ke atas Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dua gol skuad “The Hawks” dihasilkan Modibo Konte pada minit ke-50 dan Fahrul Razi Kamaruddin pada minit ke-70 manakala gol tunggal pasukan pelawat disumbang Lee Gil-hoon pada minit ke-57.

Terdahulu, Sime Darby FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Rizqi Azman dilayangkan kad merah kerana mengasari Leo Carioca pada penghujung babak pertama.

Negeri Sembilan pula kekal di tangga ketiga selepas menang tipis 1-0 ke atas UiTM FC hasil jaringan tunggal Afiq Azmi pada waktu kecederaan babak kedua perlawanan di Stadium UiTM, Shah Alam.

Dalam pada itu, PKNS FC dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) mengesahkan slot ke saingan Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing.

PKNS FC bangkit daripada ketinggalan pada lewat permainan untuk menewaskan DRB-Hicom FC 2-1 di Stadium Proton, Tanjung Malim.

Pasukan tuan rumah berada di depan menerusi jaringan Ivan Babic pada minit ke-22 namun PKNS FC bangkit menerusi jaringan Ahmad Shakir Md Ali pada minit ke-83 dan sebelum Gabriel Miguel Guerra menyempurnakan sepakan penalti, selang empat minit kemudian.

JDT II pula membenam Kuantan FA 4-1 pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Paulo Rangel memulakan pesta gol untuk skuad Harimau Selatan setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-12 sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-24.

JDT meraih dua lagi gol menerusi sentuhan penyudah Che Rashid Che Halim pada minit ke-43 dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-52 manakala pasukan tuan rumah meraih gol saguhati hasil sumbangan Srdjan Vidakovic pada minit ke-47.

Sabah turut mengutip tiga mata di laman sendiri setelah menang tipis 1-0 ke atas Perlis menerusi jaringan Maxsius Musa pada minit ke-38 pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu. — Bernama

Related Articles

 

You May Also Like