8 JUN — Lagu yang terbaik bagi saya jika melodinya seakan melayang namun masih tidak sesat dalam bentuk dan sifatnya. Saya ingin berkongsi pendapat mengenai lagu dan komposer tempatan kita yang bagi saya punya kualiti dan bijak.
Yang di luar negeri itu saya rasa tak perlulah saya ulas sebab terlalu banyak sangat yang hebat dan bagusbagus, ditambah pasaran mereka adalah antarabangsa.
Saya mula belajar mencipta lagu dan lirik tahun 1983 dulu, setahun berikutnya saya sudah punya demo tape sejumlah lagu yang saya cipta sewaktu di kampung dulu. Lirik pun saya masih tercari bentuk dan kefahamannya, jadi saya anggap itu zaman pramatang saya dalam mengenal muzik dan rasa.
Waktu itu sangat terpengaruh dengan lagu dan nyanyian penyanyi legenda Indonesia Ebiet G.Ade jadi saya masih tercaricari ‘trademark’ sendiri. 1986 saya cuba hantar lagulagu yang saya nyanyikan ke beberapa syarikat rakaman besar namun semuanya ditolak.
Sehinggalah awal tahun 90an dulu di mana saya telah mendapat bentuk dan gaya yang saya mahu, malang pula karyakarya saya hanya mengikut acuan saya sendiri yang penuh dengan nilainilai idealis. Sudahnya saya pun lupakan mainstream, syarikat rakaman, stesen radio atau apa saja yang melibatkan kemilau bintang dan materi.
Saya mengambil kuputusan untuk berjalan di jalan yang saya terokai dan selesa dan saya masih tekun dengan apa yang saya lakukan sehinggalah sekarang.
Pun begitu, seperti singer songwriter yang lain, saya juga mengikuti perkembangan muzik dan lagu tanahair dan punya hormat yang tinggi terhadap karyakarya yang saya anggap hebat.
Yang terbaik bagi saya karyakarya seniman agung kita Tan Sri Datuk Amar Dr.P.Ramlee, terutamanya ketika era Jalan Ampas di tahun 50an dulu. Terbaik kerana lagulagu yang diciptanya sangat menarik dan bermutu tinggi.
Dengarkan lagu Getaran Jiwa, Ibu, Tunggu Sekejap dan Merak Kayangan antaranya. Seperti lagu Getaran Jiwa, Ibu mahupun Tunggu Sekejap yang diciptanya waktu era Jalan Ampas di tahun 50an dulu.
Betapa lagulagu tersebut sangat berkualiti dari segi melodi dan susunan muziknya yang penuh dengan mood jazz walaupun dalam genre pop.
Kita boleh lihat tahap penerimaan masyarakat dulu di tahun 50an lebih terbuka dan bijak berbanding pendengar dan peminat di zaman ini. mungkin kerana dulu pengaruh dari filem filem yang mengandungi lagu lagu hebat berjaya memberikan impak dan menusuk ke dalam jiwa penonton.
Saya percaya jika lagu seperti Getaran Jiwa itu dicipta di zaman ini, pendengarnya hanyalah dari kalangan yang minoriti kerana tahap faham masyarakat yang masih lemah dan manja dengan irama yang stereotype. Selain pop memang payah orang kita nak terima.
Buktinya sejauh mana penerimaan masyarakat kita terhadap muzik selain pop terutamanya jazz?
Pemuzik jazz yang hebathebat masih ‘struggle’ bermain di hotel dan pub. Adakah mereka berjaya menembus pasaran komersial?
Tiba di era 60an, P.Ramlee masih mencipta lagu yang bagus tapi tidaklah sehebat lagulagunya sewaktu di Jalan Ampas. Bagi saya P.Ramlee adalah pencipta lagu terhebat yang pernah kita miliki.
Tahun 60an juga mematikan kreativiti pengkarya. Zaman A Go Go dan rock n roll menjadikan muzik lebih kepada fesyen dan budaya. Kebanyakan lagulagu di zaman itu juga disadur dari barat mahupun dari lagulagu Hindi.
Kandungan dalam lirik lirik lagu di tahun 60an juga sangat lemah dan kebanyakannya bertemakan cinta memuja gadis, kecewa, merana dan meratap. Kita boleh lihat di waktu itu lirik yang dihasilkan cincai belaka dan tidak matang.
Pun begitu saya suka muzik dan lagulagu 60an dari segi bunyi dan nilai kejujuran dalam lagulagu di zaman itu.
Masuk ke era 70an Dato Dr Ahmad Nawab antara komposer yang paling menonjol dan berbakat di zaman itu. Menarik kerana di zaman analog beliau berjaya menghasilkan penyanyi penyanyi yang bertarf legenda seperti Jamal Abdillah, Sharifah Aini, Uji Rashid, Ramlah Ram dan D.J.Dave antaranya.
Dengarkan lagulagu hebat ciptaan Ahmad Nawab seperti Bunga Tanjung yang dinyanyikan oleh Sharifah Aini (dato’).
Lagulagu Ahmad Nawab di tahun 70an bagi saya banyak yang berkualiti. Kebanyakan lagunya menarik dari segi susunan muzik yang penuh dengan elemen progresif yang disesuaikan dengan selera masyarakat kita.
Era 80an kita menyaksikan kehebatan M.Nasir ( datuk ) sebagai komposer yang paling berjaya.
Berbeza dengan komposer lain, M.Nasir lebih menitik beratkan lirik dan mesej dalam karya ciptaannya tidak kira untuk dinyanyikan sendiri mahupun untuk dinyanyikan oleh penyanyi lain.
Nasir terkenal kerana berjaya berjaya masuk ke dalam pemikiran dan budaya anak muda di zaman rock kapak tahun 80an dan awal tahun 90an melalui lagulagu ciptaannya yang unik dan menarik.
Antara lagu yang paling berkualiti beliau seperti lagu Kias Fansuri, Andalusia dan lagulagu dari album Phoenix Bangkit. Berbeza dengan yang lain kerana beliau memasukkan elemen timur tengah di dalam lagulagunya.
Tidak kira dari segi konsep mahupun susunan muziknya, ianya penuh dengan mood timur tengah dan ‘flamenco’.
Saya juga salut dengan bakat yang dimiliki komposer Manan Ngah. Banyak lagulagu ciptaan beliau yang bagi saya berkualiti seperti lagu Kasih Tak Terhurai ( Sheqal ), Bukan Kemahuan
Fikiran ( Fauziah Latif ), Merisik Khabar ( Sudirman ), Aku Hanya Pendatang ( Francisca Peter ) antaranya
Menarik kerana susunan muziknya yang kalau saya dengar lagulagu seperti Kasih Tak Terhurai mahupun Merisik Khabar, ia akan mengingatkan saya pada muzik dan lagulagu Alan Parsons
Project terutama dari segi susunan muziknya yang banyak ‘attack’.
P.Ramlee, M.Nasir dan Manan Ngah. Mereka bagi saya adalah komposer yang terbaik yang mewakili zaman mereka.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak perlu mewakili pandangan The Malay Mail Online.
You May Also Like