MEI 4 ― Saya melihat dunia artis di negara kita ini juga di seluruh dunia, sebagai satu pentas aksi yang penuh dengan skripskrip dan lakonan yang penuh dengan aksi yang dramatik.
Kebanyakan skrip yang mereka lakonkan di pentas yang nyata, biasanya akan menarik minat masyarakat untuk ambil tahu, terutamanya cerita tentang gossip dan bendabenda bodoh yang mereka lakukan.
Jalan cerita para artis ni lebih kurang sama saja antara sesama mereka. Umpamanya bermulalah kisah mereka bercinta sakan akan mendapat liputan meluas di media hiburan, kemudian berkahwin dengan kos mahal yang gilang gemilang.
Beberapa bulan selepas itu keluar pula cerita rumahtangga ada masalah, kemudian seperti biasa mereka pun ke mahkamah syariah dengan cermin mata hitam untuk proses perceraian.
Semalam kita selak di ruangan hiburan akhbar tabloid popular, keluarlah cerita artis itu bergaduh dengan artis ini, sampai ketahap nak saman menyaman.
Hari ini pula ceritanya tentang artis yang baru berkahwin tak sampai enam bulan, nak bercerai dan esoknya pula cerita artis kena tipu. Yang menipu merka datangnya dari berbagai golonganlah, biasnya dari segi wang dan ringgitlah.
Jadi ceritacerita yang seperti inilah yang orang kita suka sangat untuk ambil tahu, padahal subjek ceraiberai, bergaduh dan bermegahmegah bukanlah satu perkara yang mulia bahkan kalau boleh kita elakkan.
Mereka ini (para artis) hidup penuh dengan anganangan untuk menjadi bintang atau telah pun meanggap diri mereka sebagai seorang bintang. Menganggap diri bintang lantaran cerita selalu keluar di majalah dan akhbar ruangan hiburan dengan ceritacerita kosong bukanlah suatu yang boleh dibanggakan.
Apabila yang ditanya soalannya apa seronoknya berbini empat? Atau artis ini tak kisah apa yang orang nak kata, artis itu pula akan berkata itu antara dia dan Tuhan. Jadi pada saya apa yang mereka nak kongsikan pada para peminat sebenarnya?
Citarasa yang tinggi dan mahu kelihatan glamour dan mewah membuatkan mereka terpaksa hipokrit walau hakikatnya tidaklah seindah yang digambarkan. Kalau perempuan itu lainlah cerita, untung nasib mereka akan berkahwin dengan orang kaya, jadi kehidupan mereka lebih terjamin.
Nak harapkan dengan kualiti dan mutu lakonan, kebanyakan bakat mereka ini setakat biasabiasa saja.
Kisah mereka akan menjadi bahan yang berharga untuk dicanang ke sana sini. Bertambah lagi jika mereka itu popular dan menjadi pujaan masyarakat.
Kalau di zaman Jalan Ampas era 50an dan zaman artis pop yeh yeh 60an dulu lagilah menyedihkan. Sedih kerana mereka memang diniagakan dari segala segi dan penampilan. Tidak dibenarkan hidup seperti orang awam supaya dianggap bangsawan oleh masyarakat padahal mereka bukannya berduit sangat.
Hari ini zaman berubah, mentaliti masyarakat dalam konteks memuja dan menilai artis masih dalam kandungan yang rasional, walau tahap puja dan minat mereka itu tetap tinggi, seperti kita melihat setiap program realiti yang dipertandingkan, masih mendapat sokongan dari kalangan peminat mereka.
Bagusnya segelintir artis akan dapat untung, ruginya programprogram yang dianjurkan konsepnya seakan sama dan tidak begitu bermanfaat kepada masyarakat terutamanya untuk anakanak muda, melainkan kita akan mendapat hiburan selain melihat lakonan para artis yang bakatnya biasa saja, nyanyiannya biasa dengan melodi yang seakan sama dan lawak jenaka mereka konsep dan ideanya tetap juga sama.
Kita lihat perkembangan dunia seni dan hiburan di tanahair kita ini, tak usah pergi jauhjauh. Yang jelas penyanyi dan pelakon baru muncul bagai cendawan tumbuh untuk memenuhi kehendak dan kemahuan masyarakat yang menjadikan mereka sebagai idola.
Masyarakat pula sangat suka membaca berita tentang artis pujaan mereka. Apa saja berita, yang baik mahupun yang buruk. Semuanya mereka kalau boleh mahu ambil tahu, terutamanya cerita yang berbentuk gossip dan peribadi, yang tidak ada kena mengena dengan karier dan kerjaya mereka.
Istilah “tanpa peminat, siapalah artis” yang dilabel media membuatkan sang artis kalau boleh cuba melakukan yang terbaik untuk peminat mereka. Kehidupan mereka menjadi milik masyarakat, itu ibarat burung yang tidak bebas untuk terbang kemana yang dimahunya.
Singer Kanye West and reality television actress Kim Kardashian arrive at the Metropolitan Museum of Art Costume Institute Benefit in New York in this file photo taken May 6, 2013. Not one to shy away from the media, the pair have been planning their upcoming nuptials excessively and are reportedly spending a ton on making it the wedding of the year. — Reuters pic
Saya tidak melihat satupun artis di sini yang boleh dijadikan “ikon” untuk masyarakat. Kehidupan mereka sendiri kadangkadang kucarkacir dan diri sendiri pun kadangkadang tak betul, macamana nak jadi ikon?
Ditambah dengan tahap mereka yang hanya menyanyi lagulagu yang kebanyakannya bertemakan cinta sehingga membuai anganangan para remaja lantas mematikan minat mereka untuk mendengar bahan yang lebih serius dan bermanfaat.
Saya tidaklah anti mainstream, sebab benda ini sudah bertapak sejak zaman tahun 50an lagi, Cuma saya sentiasa punya harapan agar anakanak muda mampu seimbangkan antara kehendak dan jiwa mereka dengan memilih untuk memberi peluang dan sokongan pada karyakarya yang berbentuk ilmiah dari hanya melayan dunia hiburan semata.
Dunia glamour hanyalah mimpi kosong yang tidak akan pernah sampai ke misi dan destinasinya. Permainannya hanyalah di sekitar ruang nafsu dan perasaan menjurus sikap tamak dan bangga diri. Segalanya hanyalah pentas yang dimainkan, kadangkadang kita akan tersungkur dan rebah dalam aib, dan mereka hanya akan mentertawakan kegagalan dan kebodohan kita.
Masyarakat kita umpama para wartawan yang kalau untuk suatu berita itu menjadi berita yang hebat dan menarik, perlulah ada klimaks. Umpamanya jika berlaku kemalangan di jalanraya, yang mereka perlukan hanyalah berita tentang kematian, sebab itulah berita utamanya.
Kalau tak ada apaapa yang berlaku dan segalanya terkawal, apa isunya?
Kita perlu lebih bijak menilai mana kaca, mana permata. Tidak semestinya apa yang kita lihat itulah jawapan untuk jiwa yang kosong. Kita perlu memilih untuk membuat pilihan berdasarkan kehendak jiwa, bukan nafsu semata.
* Pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan The Malay Mail Online.
You May Also Like