Malaysia
Anak jati Pahang julang nama negara, raih markah tertinggi CAT
Nur Athirah Mohamad Zaini, 19, disenarai pada kedudukan kedua dunia bagi peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT). u00e2u20acu2022 Foto ihsan Facebook/INTEC Education Collegennn

Nur Athirah memperoleh tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Maintaining Financial Records (FA2), yang menyaksikan penuntut di INTEC Education College di Shah Alam, Selangor itu berkongsi tempat dengan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Putera Aiman Abdul Rashid, 19. Nur Athirah ketika dihubungi Bernama berkata usaha dan penat lelahnya mengulang kaji pelajaran selama ini berbaloi dengan keputusan cemerlang itu, yang sudah tentunya membanggakan kedua-dua orang tuanya. Menurut anak keempat kepada pasangan Mohamad Zaini Ismail, 59, dan Noorhaslinda Mat Ali, 49, itu, pesan ibu bapanya supaya tekun belajar bagi memperoleh masa depan yang baik digunakan sebagai pemangkin semangat ketika menuntut ilmu. "Ibu dan ayah saya amat bersyukur dan berbangga dengan kejayaan ini dan mereka selalu mengingati saya untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh kerana ini juga untuk masa depan saya sendiri," katanya yang berazam menjadi seorang akauntan profesional sejak dibangku sekolah lagi. Ditanya mengenai rahsia kejayaannya yang juga pernah memperoleh 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anak kelahiran Balok, Kuantan itu berkata beliau melakukan ulang kaji setiap hari tanpa gagal.   "Saya tidak pernah meninggalkan pelajaran walau sehari, sekurang-kurangnya setiap hari perlu membuka buku walau sedikit sahaja yang dapat," kata Nur Athirah yang dijangka menamatkan kursus CAT pada Oktober ini, sebelum meneruskan pengajian The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di INTEC. Sementara itu, Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) dalam kenyataan berkata kejayaan Nur Athirah membuktikan bahawa dengan bimbingan dan dorongan yang berterusan, pelajar bumiputera juga mampu meraih kejayaan di peringkat antarabangsa. Menurut MyPAC, pencapaian bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan itu, yang ditaja sepenuhnya oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di bawah kelolaan MyPAC sejak tahun lepas amat bermakna buat semua pihak. ―  Bernama

Advertising
Advertising

Related Articles

 

You May Also Like