Malaysia
Suhu global meningkat, kes denggi di Malaysia dijangka naik tahun depan
Dengue infects some 390 million people each year in more than 120 countries of the world. u00e2u20acu201d AFP pic

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Kes demam denggi dan zika di Malaysia dijangka naik tahun depan berikutan perubahan iklim.

Melalui Twitter hari ini, Pusat Pentadbiran dan Kajian Politik mendakwa wujud kajian yang mengesahkan suhu global meningkat dan mengakibatkan penyebaran denggi dan zika bertambah kerana nyamuk dapat hidup lebih lama.

Merujuk kajian "Global Expansion and Redistribution of Aedes-borne Virus Transmission Risk with Climate Change”, perubahan iklim boleh memberi impak kepada perubahan geografi penyakit. 

 

 

Kajian terbitan Public Library of Science (Plos) Mac lalu dijalankan berdasarkan agihan spatiotemporal wabak virus dibawa Aedes.

Model kajian tersebut menganggarkan 1 bilion lebih orang di Eurasia dan Amerika Utara berdepan risiko terjebak dengan zika dan denggi pada tahun 2050.

"Penyakit seperti zika yang menyebabkan kecacatan kelahiran dan keguguran bayi akan merebak lebih cepat kerana hujan lebat dan peningkatan suhu.

"Peningkata jumlah hujan akibat daripada perubahan iklim akan menambahkan tempat pembiakan nyamuk,” catat CentGPS. sambil menjangka  kos perubatan di Malaysia bertambah ekoran kes kian meningkat.

Related Articles

 

You May Also Like