Malaysia
Masih zon kritikal tapi berat bayi kian naik, Abby jangka bawa balik dua bulan lagi
Anak Abby Abadi yang baru berusia 11 hari iaitu Muhammad Danial Firman bergantung kepada mesin pernafasan. u00e2u20acu201d Foto ihsan Instagram/ Abby Abadi 112

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Bekas anggota kumpulan Elite Abby Abadi bersyukur berat anaknya yang dilahir pramatang kini semakin naik dan bayi berkenaan mulai minum susu badan.

Dilahirkan pada 27 September lalu, berat Muhammad Danial Firman Faizal kini 0.924kg dan masih menggunakan mesin untuk bernafas dalam inkubator sebuah hospital.

Abby berkata pakar di Hospital Sungai Buloh memaklumkan anak sulung hasil perkahwinan dengan suaminya Faizal Zakaria dilahirkan dalam keadaan belum bersedia.

"Panjang lagi perjalanannya. Masih dalam zon kritikal. Jadi dalam usianya yang baru 56 hari, berbagai kemungkinan boleh berlaku,” tulisnya di Instagram semalam.  

 

Abby, nama asal Arbaiyah Abdul Manan dan suami yang juga bekas wartawan, yakin Allah mampu mengubah nasib Muhammad Danial jika terus usaha, berdoa dan bertawakal. 

"Saya hanya mengharapkan doa berterusan dari sahabat-sahabat di sini... Tak banyak yang saya boleh cerita. Takut tersalah info pun ye juga,” katanya.

Pelakon drama Gerak Khas juga yakin anaknya boleh pulang ke rumah dalam tempoh dua bulan lagi kerana mereka percaya bayi itu seorang yang "kuat”.

Related Articles

 

You May Also Like