Malaysia
Video seks sama tulen; Azmin, Anwar baik bersara, kata Asyraf
Umno Youth Chief, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki speaks during a joint press conference between Umno Youth Chief and PAS Youth Chief in Semenyih February 10,2019. u00e2u20acu201d Picture by Miera Zulyana

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Pemuda Umno mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan, sekaligus bersara daripada arena politik.

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata gesaan dibuat berikutan kedua-dua pemimpin kanan PKR, berebut mahu menjadi perdana menteri, terlibat dalam skandal politik "jijik”.

Advertising
Advertising

"Hakikatnya lebih 20 tahun tanah air diwarnai dengan skandal politik yang jijik lantaran perbalahan dan perebutan kerusi perdana menteri yang semacam tiada kesudahan, sedangkan rakyat berterusan sengsara dek kerana ekonomi negara yang makin menghimpit,” tulisnya di Facebook hari ini.

"Pemuda Umno menyarankan dan mendesak Azmin dan Anwar yang terpalit dengan skandal memalukan negara agar melepaskan jawatan dan bersara daripada politik.”

Tambah bekas timbalan menteri, adegan seks Azmin sekarang dan Anwar pada 2011 tidak jauh bezanya kerana kedua-duanya disahkan tulen.

Presiden PKR semalam meminta Azmin meletakkan jawatan jika terbukti video seks yang didakwa menyerupai dirinya tulen.

Dalam kenyataan terbarunya, ketua polis negara mengatakan kebarangkalian klip itu tulen tinggi, namun hasil proses pengecaman wajah pula negatif dan tidak mengaitkan pelaku di dalamnya dengan individu dimaksudkan.

Related Articles

 

You May Also Like