Malaysia
Azalina bimbang trend gugur kes mahkamah pemimpin PH
Datuk Seri Azalina Othman at the Umno Kuala Lumpur Aidilfitri celebration in PWTC June 25, 2018. u00e2u20acu201d Picture by Mukhriz Hazim

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Trend pengguguran kes melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) kebelakangan ini membimbangkan, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Mempersoal isu kebebasan badan kehakiman, beliau menyifatkan perkara itu serius kerana melibatkan kes hasutan, pecah amanah dan pembocoran maklumat, lapor Umno Online.

"Namun, trend pengguguran kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin PH ini perlu penjelasan yang kukuh kerana dibimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno.

"Badan kehakiman perlu kekal bebas daripada mana-mana campur tangan termasuk dari badan eksekutif mahupun legislatif.”

Ahli parlimen Pengerang memohon kerajaan berhati-hati supaya tidak mewujudkan tanggapan salah mengenai badan kehakiman dan perundangan.

Bekas menteri berkata semua pihak wajar berpegang kepada prinsip "rule of law” agar badan kehakiman terus dihormati.

Related Articles

 

You May Also Like