SEREMBAN, 26 Julai — Seorang presiden sebuah NGO Islam ditahan kerana didakwa merogol gadis berusia 20 tahun di kediamannya pada 9 Mac lalu.
Ketua pegawai operasi agensi kerajaan negeri di utara itu didakwa berbuat demikian di ruang tamu jam 12.30 tengah hari, ketika isteri dan anaknya tiada di rumah
Sumber polis memberitahu mangsa mendakwa mereka keluar makan tengah hari sebelum pulang dan menonton televisyen, lapor Kosmo!.
"Mangsa mendakwa suspek kemudiannya merogolnya di ruang tamu walaupun dia menolak dan menangis,” kata sumber.
"Mangsa bagaimanapun mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan suspek sebelum ini”.
Ketua polis Negeri Sembilan mengesahkan pendakwah 30-an itu ditahan di Kangar, Perlis kelmarin.
Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata lelaki tersebut direman hingga 29 Julai ini.
You May Also Like