Malaysia
Kastam: Komponen import bebas SST, bukan cukai jalan
Subromaniam says he wants to prove he is the right man for the job. u00e2u20acu201d Picture by Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR, 19 Julai ― Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini menjelaskan bahawa kenderaan penumpang sememangnya dicadang dikenakan cukai jualan tetapi terdapat pihak yang telah salah tafsir senarai yang dimuat naik dalam laman web jabatan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata barang yang dikecualikan daripada cukai jualan dalam senarai tersebut hanya merujuk kepada komponen yang terurai (CKD) bagi pemasangan kenderaan penumpang sahaja.

"Apabila kenderaan siap dipasang daripada komponen CKD yang diimport tadi, kenderaan yang telah siap tersebut adalah tertakluk kepada cukai jualan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JKDM telah memuat naik cadangan barangan yang dikecualikan daripada cukai jualan hari ini.

Barangan ini dirujuk kepada kod tarif yang dicadangkan untuk dikecualikan daripada cukai jualan semasa pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018.

Susulan daripada senarai yang dimuat naik itu, berita berkaitan kenderaan penumpang bermotor tidak dikenakan cukai jualan telah tersebar luas.

"Dengan penjelasan ini, JKDM berharap isu ini selesai dan tidak mengelirukan rakyat dan pengguna,” kata Subromaniam. ― Bernama

Related Articles

 

You May Also Like