Malaysia
Dewan Rakyat luluskan usul persempadanan semula
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V during the opening of the fifth session of the 13th Parliament in Kuala Lumpur March 6, 2017. u00e2u20acu201d Picture by Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Rakyat hari ini setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian.

Usul itu yang dibentangkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah menerima sokongan 129 anggota Parlimen berbanding 80 yang menolak.

Keputusan tersebut diumumkan yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas undian dijalankan petang ini.

Terdahulu timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan usul itu setelah ia dibahaskan 14 anggota Parlimen dari Barisan Nasional dan pembangkang.

Laporan itu akan dibawa untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebelum diwartakan untuk digunakan pada pilihan raya umum ke-14 nanti. — Bernama

Related Articles

 

You May Also Like