Malaysia
Menang di Norway, Aziz harap banyak drama kenegaraan terbit
Drama u00e2u20acu02dcAnak Merdekau00e2u20acu2122 arahan Aziz M Osman menang kategori Filem Kesedaran Sosial Terbaik di Norway. u00e2u20acu201d Foto ihsan Intagram/Aziz M Osman

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Pengarah Aziz M Osman berharap drama arahannya "Anak Merdeka” yang menang anugerah di Norway baru-baru ini menjadi rujukan.

Aziz, 55, berkata drama itu harus menjadi pendorong untuk penerbit "menghasilkan drama berkisar kenegaraan”,” lapor Berita Harian.

"Dengan pengiktirafan ini, saya harap Anak Merdeka akan menjadi rujukan kepada mereka yang meminati karya seperti ini,” kata pemenang Pengarah Seni Terbaik Festival Filem Malaysia ke-11.

"Anak Merdeka” baru-baru ini memenangi kategori Filem Kesedaran Sosial Terbaik di Norway Tamil Film Festival di Oslo.

Drama mini patriotik berlatarkan era 1950-an enam episod itu disiarkan tahun lalu sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-60.

Ia menampilkan pelakon seperti Remy Ishak, Elvis Chin, Thanuja Ananthan, Tiz Zaqyah, Sarah Lian, Tony Eusoff dan C Kumaresan.

Selain Aziz, ia turut mendapat sentuhan pengarah lain iaitu Kabir Bhatia, Bernard Chauly, Matt Lai dan Shamyl Othman.

Related Articles

 

You May Also Like