Malaysia
Wang, surah al-Mulk bukan punca Sufian, Elfira berpisah
Keluarga Sufian sudah berkunjung merisik Elfira semasa sambutan Syawal hujung bulan lalu. u00e2u20acu201d Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Penyanyi Sufian Suhaimi menafikan wang dan gagal menghafal surah al-Mulk menjadi punca hubungannya dengan pelakon Elfira Loy terlerai.

Sufian, 25, berkata pengguna media sosial gemar membuat spekulasi tanpa mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi di antara mereka.

"Surah al-Mulk itu antara syarat yang ibu Elfira letak dan perlu dihafal sebelum berkahwin dengan anaknya.

"Sepanjang tempoh pertunangan kami sebenarnya saya dan Elfira bersama-sama hafal surah itu.

"Jika kami keluar bersama, kami ada satu sasaran di mana satu hari kena hafal satu ayat.

"Kalau tidak berjumpa, kami akan berhubung menerusi telefon. Itu bukan isunya,” katanya dalam satu wawancara bersama Harian Metro.

Pasangan ini merancang untuk mendirikan rumah tangga dua minggu lagi namun ikatan pertunangan mereka terputus pada pertengahan bulan lepas.

Sufian berkata wang bukan menjadi punca perpisahannya dengan Elfira namun ada isu lain yang "lebih mendalam” tidak didedahkan.

"Pada saya kewangan bukan isu utama, tetapi ada perkara yang lebih mendalam lagi. Walaupun kita maklum ekonomi itu penting tapi itu bukan segala-galanya.

"Saya adalah seorang yang tidak suka bercerita apa yang saya ada selain daripada kerjaya.

"Saya lebih selesa untuk berkongsi perihal kerjaya berbanding kehidupan peribadi.

"Bagaimana saya menyara Elfira dan sebagainya, kita sebagai orang yang berpegang kepada agama Islam kena percaya kepada rezeki,” katanya.

Related Articles

 

You May Also Like