Malaysia
Aksi 'tarian ghairah' tular, Nisa Kay akui lalai (VIDEO)
Nisa Kay tidak membalas komen kecaman terhadapnya berikutan kontroversi tarian ghairah pada pelancaran tudung terbaru Neelofa. u00e2u20acu2022 Foto ihsan Instagram/Nisa Kay

KUALA LUMPUR, 28 Feb ― Nisa Kay terkejut aksinya menari ghairah dalam majlis pelancaran koleksi tudung terbaru Neelofa di kelab malam kelmarin, menular.

Pengacara dan penulis blog itu mengakui lalai sewaktu perang bibir (lip-sync battle) dalam majlis itu, sehingga dikecam hebat pengguna media sosial.

Namun personaliti media sosial itu mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak membalas komen kerana ia cara terbaik, lapor Berita Harian.

"Saya belajar untuk tidak melayani mereka. Masing-masing akan kecam sehinggalah kita membalas komen itu.

"Mujur, ibu bapa saya berada di sisi walaupun mereka menegur perlakuan saya itu,” katanya.

Dalam majlis pelancaran itu, gelagat wanita bertudung menari dan ia menular di media sosial hingga mengundang kritikan ramai.

Nisa Kay juga "reda dan sedia” menerima risiko termasuk beberapa kerja kempen di Instagram ditarik balik, gara-gara tindakannya itu.

"Tetapi, andai kata saya tiada kerja promosi gara-gara isu ini, saya reda,” katanya, mengakui insiden itu "mencalar nama baiknya”.

"Apa yang penting, saya yakin rezeki boleh didapati di mana-mana, selagi ada doa dan usaha.”

Related Articles

 

You May Also Like