Malaysia
Malaysia tersingkir, Denmark temui Indonesia di final Piala Thomas
SHAH ALAM, 10 April -- JUARAu00e2u20acu00a6 Pemain negara Datuk Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain nombor 1 dunia, Chen Long dari China pada perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2016 di Stadium Malawati Shah Alam hari ini.u00e2u20acu00a8Chong

KUNSHAN, 20 Mei ― Hasrat Malaysia untuk merebut Piala Thomas hanya sampai sekerat jalan apabila ditewaskan Denmark dalam perlawanan separuh akhir malam ini. 

Pasukan badminton negara yang bermula dengan kemenangan 2-0 ke atas negara Eropah itu gagal mengekalkan momentum bagi tiga perlawanan seterusnya yang berakhir 2-3. 

Denmark akan bertemu Indonesia di peringkat akhir setelah negara jiran itu berjaya menewaskan Korea Selatan 3-1 dalam perlawanan separuh akhir yang diadakan awal hari ini.

Datuk Lee Chong Wei mengalahkan Viktor Axelsen dengan keputusan 23-21 dan 21-18. Beregu pertama negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kemudian berjaya menundukkan Mathias Boe dan Mads Conrad-Petersen 21-18 dan 21-18. 

Namun perseorangan kedua Iskandar Zulkarnain Zainuddin tewas di tangan Hans-Kristian Vittinghus dengan keputusan 18-21 berturut-turut. 

Beregu kedua negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tidak dapat membantu apabila tumpas di tangan Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dalam perlawanan sengit tiga set. 

Walau Malaysia bermula baik 21-10 tetapi pasangan Denmark akhirnya berjaya meraih mata kemenangan 8-21 dan 13-21. 

Walau penuh debaran dan harapan bersilih ganti di dada penyokong-penyokong negara, Chong Wei turut tewas di tangan Emil Holst 15-21 dan 18-21.  

Sebelumnya, Indonesia menamatkan penantiannya selama enam tahun selepas menumpaskan Korea Selatan, lapor Bernama. Kali terakhir republik itu mara ke final pada edisi 2010 di Kuala Lumpur. Ia tewas 0-3 kepada China.

Wira Indonesia, juga juara 13 kali Piala Thomas, pasangan Angga Pratama dan Ricky Karanda Suwardi menundukkan Kim Gi Jung dan Kim Sa Rang 21-15 dan 21-15 untuk menyumbang mata ketiga pasukannya.

Sebelum itu, Indonesia membuat kejutan dengan menurunkan Jonatan Christie sebagai perseorangan pertama dan merehatkan pemain nombor satu mereka Tommy Sugiarto.

Langkah itu hampir menjerat diri apabila Jonatan tewas 10-21, 16-21 kepada pemain utama lawan Son Wan Ho, sekali gus menambah tekanan buat Indonesia berikutan Korea Selatan memiliki dua gandingan beregu yang kuat.

Namun Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan, yang juga pasangan nombor dua dunia, membuat kejutan apabila menjinakkan beregu utama dunia Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong 21-15, 21-12 bagi menyamakan kedudukan.

Pemain perseorangan keduanya Anthony Ginting membuka kelebihan bagi Indonesia selepas menundukkan Lee Dong Keung 21-18, 21-18 sebelum Angga dan Ricky menyumbang mata kemenangan yang dicari bagi memastikan Korea Selatan tidak dapat menggunakan kelebihan beregu mereka.

Related Articles

 

You May Also Like